THANK YOU FOR VISITING.

IF YOU WANT TO FOLLOW THIS BLOG, CLICK ON FOLLOW BUTTON ON THE RIGHT SIDE OF THIS PAGE.

Feel free to write your comments! Simply click on 'comments' at the end of posting. If you're not a Blogger member or do not have a Google account, just type your comment in the Comment box, then at the "Comment as" box, choose Name/URL profile and type your name. Your name will appear with your comment. If you do not want your name to appear, use the 'Anonymous' profile.


Wednesday, July 21, 2010

"Melayu paling ramai tengok porno "

Kosmo 21 Jul 2010

Melayu paling ramai tengok porno
Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina.majid@kosmo.com.my



FENOMENA ramai remaja Melayu mengunjungi kafe siber untuk mengakses laman web lucah begitu membimbangkan. - Gambar hiasan
________________________________________


KUALA LUMPUR - Satu kajian terbaru membuktikan remaja Melayu paling ramai melayari laman web lucah sekali gus mendorong mereka terjebak dengan gejala seks bebas berbanding kaum Cina dan India.
Kajian oleh sekumpulan penyelidik Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) Universiti Putra Malaysia itu mendapati 22 peratus remaja Melayu gemar melayari laman web lucah sama ada di rumah mahupun di kafe siber.
Dapatan kajian turut menunjukkan bahawa 15 peratus remaja Melayu suka melepak, menghisap rokok (13.7 peratus) manakala ponteng sekolah dan memaki hamun orang masing-masing 11.5 peratus.
Pengarah IPSAS, Profesor Dr. Md. Salleh Hassan (gambar) yang mengetuai kajian itu berkata, bahan pornografi yang terlalu mudah dibeli dan diakses menerusi Internet menjadi punca utama remaja Melayu terjebak dengan gejala tersebut.
Beliau berkata, lebih mendukacitakan, ibu bapa yang ditemu bual tidak mengaku kesilapan anak masing-masing sedangkan si anak mengakui kesalahan salah laku yang dilakukan mereka ketika disoal selidik.
"Dulu, ponteng sekolah yang mendominasi salah laku pelajar tapi kini, mereka yang ditemu bual oleh kumpulan penyelidik kami mengaku lebih suka tengok pornografi dengan ke kafe siber,'' kata Md. Salleh ketika ditemui Kosmo! di sini baru-baru ini.
********************************************************

Itulah laporan dalam Kosmo pada 21 Jul 2010.
Mengejutkan? Mungkin tidak. Menyedihkan? Ya.

Jika berita ini benar, persoalan yang semestinya kita tanya ialah “Kenapa ini berlaku?”.
Kita semua tahu orang Melayu paling ramai terlibat dengan dadah.
Hampir semua Mat Rempit juga adalah Melayu.
Yang ponteng sekolah majoritinya Melayu.
Jenayah remaja seperti mencuri motor, pecah rumah, rogol dan sebagainya juga diterajui anak-anak Melayu.
Yang lari megikut kekasih, terutama ke Lombok, juga adalah remaja Melayu…
Dan kini… satu lagi “pencapaian” untuk Melayu, yang berugama Islam…

Di manakah salahnya?
Adakah kerana kita terlalu banyak memberi tekanan kepada anak-anak kita untuk mengikut telunjuk kita sehingga mereka merasakan tidak dihargai, lalu ‘memberontak’ dengan cara mereka?
Adakah kerana anak-anak kita terlalu dikongkong, sehingga mereka lupa daratan bila dapat mencuri sedikit kebebasan?
Atau kerana kita terlalu percayakan mereka, atau terlalu sibuk dengan kerja, politik kedai kopi dan hal-hal ‘kampung’, sehingga kita langsung tidak mengawasi mereka?
Adakah kerana sistem pendidikan kita yang tidak dapat menjadikan mereka berdikari dan berfikir dengan baik?
Atau kerana sikap semulajadi Melayu yang lemah-lembut menyebabkan kita tidak dapat menghadapi tekanan hidup dan mencari satu cara ‘escapism’?
Atau kerana budaya subsisdi Melayu yang sentiasa mengharapkan bantuan kerajaan sehingga kita leka dan tidak merancang jauh ke hadapan?
Adakah kerana kita berkata bahawa yang terlibat hanyalah anak-anak orang, bukan anak-anak kita?

Inikah harga kemodenan?

Mungkin susah mencari jawapannya; mungkin banyak faktor yang menyumbang.
Yang pasti, kita tentu tidak mahu ini berlaku terhadap anak-anak kita…

Tetapi kita harus sentiasa ingat, ia boleh terjadi.

3 comments:

  1. sedey.....tatau nak komen apa :( mmg merungsingkan kita semua

    ReplyDelete
  2. This is worrying indeed... though the research does prove something it also needs to probe the root of the problems and how to at least reduce or control it...

    ReplyDelete
  3. cybercafe tumbuh mcm cendawan. kita tidak mahu masyarakat kita buta i.t tp lain pula yang terjadi

    ReplyDelete