THANK YOU FOR VISITING.

IF YOU WANT TO FOLLOW THIS BLOG, CLICK ON FOLLOW BUTTON ON THE RIGHT SIDE OF THIS PAGE.

Feel free to write your comments! Simply click on 'comments' at the end of posting. If you're not a Blogger member or do not have a Google account, just type your comment in the Comment box, then at the "Comment as" box, choose Name/URL profile and type your name. Your name will appear with your comment. If you do not want your name to appear, use the 'Anonymous' profile.


Sunday, October 10, 2010

Lagi kisah jin...

12 lagi jin ditangkap, kali ini disumbat dalam botol. Ini menjadikan 21 jin ditangkap dalam masa 2 hari. Mungkin esok akan ada lagi bomoh-bomoh menangkap lebih banyak jin???

Aku cadangkan keluarga adik Siti Balqis dan pihak-pihak yang berminat memasang CCTV untuk mengetahui bagaimana dia boleh 'ghaib'. Aku pasti bila CCTV dipasang, Siti Balqis tidak akan ghaib lagi :)



Berita Harian 11/10/2010
Nasional

Tiga bomoh tangkap 12 lagi jin
Oleh Mohammad Ishak
bhkt@bharian.com.my
2010/10/11


JERTIH: Usaha tiga pengamal perubatan Islam daripada Yayasan Islam Terengganu (YIT) merawat gadis ghaib, Siti Balqis Mohd Nor, 22, malam kelmarin, dikatakan berjaya menangkap 12 lagi jin yang mengganggu gadis berkenaan, selepas dua bomoh yang enggan dikenali sebelum ini mendakwa berjaya menangkap sembilan jin.

Pada awalnya, usaha pasukan perubatan berkenaan dianggotai Pengelola Khidmat Masyarakat YIT, Hassan Yusof; penolongnya, Fauzi Malik dan Pengurus Khidmat Masyarakat, Wan Adi Rahman Wan Abd Rahman untuk merawat Siti Balqis seperti tidak kesampaian berikutan gadis itu didapati ghaib kira-kira setengah jam sebelum ketibaan pasukan perubatan itu ke rumah keluarganya di Kampung Gong Nangka, di sini, kira-kira jam 8 malam.

Ibu gadis berkenaan, Norizan Said, 47, berkata Siti Balqis tiba-tiba ghaib kira-kira jam 7.30 malam ketika mereka berkumpul menunggu ketibaan pasukan perubatan itu di rumah dan usaha mencarinya dilakukan di atas bumbung, dalam siling rumah, almari, rumah kosong, di bawah rumah dan di pokok manggis, tetapi gagal.

Berikutan itu, katanya, orang ramai termasuk pasukan perubatan berkenaan membaca surah Yasin beramai-ramai, sebelum Norizan menerima SMS daripada Siti Balqis jam 11.30 malam berbunyi ‘tolong dah jauh ni’ dan SMS kedua pada jam 12 tengah malam menyatakan ‘Umi cepat datang, kita dok (duduk) Bukit Keluang,’.

Selesai membaca surah Yasin, pasukan perubatan diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Ramlan Ali bergegas ke Bukit Keluang, kira-kira 15 kilometer dari rumah mangsa, tetapi gagal menemuinya di kawasan pelancongan terkenal itu.

Sebaliknya, Ramlan berkata, mereka terserempak dengan sembilan orang termasuk dua wanita yang kelihatan seperti sedang bertapa dalam gua berkenaan.
Katanya, ketika gerakan mencari Siti Balqis dijalankan, beliau dimaklumkan gadis itu ada di atas pokok rambutan di belakang rumah keluarganya kira-kira jam 1.30 pagi dan pasukan perubatan yang dihantar khas oleh kerajaan negeri itu kembali semula ke rumah untuk menjalankan proses rawatan mengikut kaedah Islam.

Pasukan perubatan itu memulakan usaha rawatan dan mendakwa berjaya mengeluarkan 12 jin yang kemudian dimasukkan ke dalam botol. Siti Balqis hanya sedarkan diri kira-kira jam 5 pagi tadi selepas menerima rawatan berkenaan.

2 comments:

  1. Good idea bro, i agree with your opinion :)

    ReplyDelete
  2. jd klakar la pulak heh heh heh
    lemahnya jin-jin orang melayu ni senang ditangkap dan disumbat dlm botol, buang ke laut je
    susah la jin-jin nak cari makan kat mesia heh heh

    ReplyDelete