THANK YOU FOR VISITING.

IF YOU WANT TO FOLLOW THIS BLOG, CLICK ON FOLLOW BUTTON ON THE RIGHT SIDE OF THIS PAGE.

Feel free to write your comments! Simply click on 'comments' at the end of posting. If you're not a Blogger member or do not have a Google account, just type your comment in the Comment box, then at the "Comment as" box, choose Name/URL profile and type your name. Your name will appear with your comment. If you do not want your name to appear, use the 'Anonymous' profile.


Saturday, October 9, 2010

Jin???

Bila terbaca berita dibawah, aku terdiam dan tertanya sendiri...Begitu mudahkah untuk menangkap, mengurung dan membuang jin? Kenapa masyarakat kita masih taksub dan percaya penipuan-penipuan sebegini? Anda fikirlah sendiri....

Berita Harian 10/10 /2010
Penduduk serbu rumah gadis ghaib rakam gambar jin






ORANG ramai mengambil gambar jin dan makhluk halus didakwa dimasukkan ke dalam tabung khas sebelum dihanyutkan ke laut oleh bomoh, malam tadi.JERTIH: Rumah gadis yang mengalami gangguan misteri yang menyebabkannya sering ghaib di Kampung Gong Nangka, Apal, dekat sini, diserbu ratusan penduduk selepas dua lelaki datang menawarkan diri merawat gadis itu mendakwa berjaya menangkap sembilan makhluk halus malam kelmarin.


Dalam kaedah rawatan tradisional jam 7.30 malam itu, dua lelaki menggunakan kaedah masing-masing bagi merawat Siti Balqis Mohd Nor, 22, yang ghaib ‘dilarikan’ makhluk ketika senja dan dinihari, sejak dua bulan lalu. Dua lelaki itu yang menawarkan khidmat percuma selepas membaca kisah itu di akhbar sejak Selasa lalu, berpecah dua ketika sesi rawatan dengan seorang daripadanya berada di dalam rumah mengerjakan solat dan seorang lagi di luar rumah menggunakan jampi. Kira-kira 15 minit selepas rawatan, seorang lelaki yang berada di luar rumah mendakwa melihat satu lembaga yang didakwanya dapat ditangkap.

Dia mendakwa dapat menangkap sembilan jin atau makhluk halus yang menyebabkan beratus-ratus penduduk menyerbu rumah gadis itu.

Selepas menangkap sembilan makhluk itu, bomoh itu memasukkannya ke dalam bekas khas bertutup bagi mengelak makhluk berkenaan terlepas.

Orang ramai yang menyaksikannya tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar dan video, kebanyakannya menggunakan telefon bimbit untuk dijadikan kenangan dan bahan bukti kejayaan bomoh berkenaan.
Usaha Berita Minggu mendapatkan komen dan mengambil gambar dua bomoh itu gagal kerana mereka tidak mahu menonjolkan diri sebaliknya memberitahu makhluk halus yang ditangkap, dihanyutkan ke laut.

Siti Balqis pula mengakui kini berasa lebih tenteram kerana dalam tempoh 48 jam lalu, beliau sudah tidak lagi ghaib.

“Saya harap usaha murni semua pihak yang menghulurkan bantuan akan membuahkan hasil dan membolehkan saya kembali menjalani kehidupan seperti biasa,” katanya.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Ramlan Ali.

Ibunya, Norizan Said, 47, berkata, sejak kisah anaknya disiarkan, 17 bomoh menawarkan diri merawat Siti Balqis secara percuma tetapi kejadian malam tadi adalah kemuncaknya apabila bomoh berkenaan dapat menangkap makhluk yang sebelum ini didakwa menjadi punca anaknya ghaib.

Katanya, sejak kisah anaknya disiarkan media, keluarganya juga berasa lega kerana tidak perlu lagi menanggung perbelanjaan besar untuk mengupah bomoh sama ada berasaskan rawatan Islam atau kaedah tradisional kerana semuanya kini menawarkan khidmat merawat anaknya secara percuma.

11 comments:

  1. hmmm... i was thinking the same too! :D

    ReplyDelete
  2. salam

    sy pernah tgk byk kali ada ustaz tangkap jin di depan mata sy, kerana jin tu dah masuk ke dlm badan pesakit.

    ini perubatan utk membuang jin, mcm saka dll, yg mahu membantu pesakit

    berlaku di melawati

    barangkali saudara hashim mahu tgk sendiri, boleh ikut sy ke kelas perubatan itu, di melawati.

    ReplyDelete
  3. :) terimakasih...
    saya juga pernah melihat beberapa orang bomoh mengeluarkan 'batu karang' dan berbagai benda lain dari badan pesakit...
    setelah difikirkan, saya pun boleh melakukan trick yg sama :)
    saya tidak menafikan keujudan makhluk ghaib, tp tidak pernah kita dengar Nabi atau mana-mana umat islam di negara lain menangkap jin atau membuang berbagai benda dari dalam badan pesakit..

    ReplyDelete
  4. kalau batu karang tu sy x pasti

    tp kalau jin tu mmg sentiasa ada dan byk dan dihapuskan

    x ada gunakan trick apa2, sumanya drpd ayat2 al quran

    barangkali perkara ini x penah berlaku pd diri saudara sendiri

    ReplyDelete
  5. yg anda tgk tu bomoh

    bomoh dan ustaz adalah 2 perkara yg berbeza

    ReplyDelete
  6. makhluk halus itu wujud dan adakalanya bila bertembung dengan manusia maka berlakulah fenomena yang tidak mudah diterima akal..wallahualam...

    ReplyDelete
  7. Wanita Bertudung Hijau: Ustaz juga adalah manusia biasa seperti bomoh :)

    ReplyDelete
  8. setuju dgn sarina!

    ReplyDelete
  9. A.Hashim, silap sikit stmt encik tu.. Saya rasa kat Indonesia you will hear many2 more interesting stories about hantu and jinn.. Depa kan minat belajar ilmu pelik2 ni..

    ReplyDelete
  10. yes...sepatutnya saya cakap kes2 hantu dan jin ni banyak di malaysia & indonesia saja...sebab penduduk ke dua2 negara adalah satu rumpun dan budaya :)

    ReplyDelete