THANK YOU FOR VISITING.

IF YOU WANT TO FOLLOW THIS BLOG, CLICK ON FOLLOW BUTTON ON THE RIGHT SIDE OF THIS PAGE.

Feel free to write your comments! Simply click on 'comments' at the end of posting. If you're not a Blogger member or do not have a Google account, just type your comment in the Comment box, then at the "Comment as" box, choose Name/URL profile and type your name. Your name will appear with your comment. If you do not want your name to appear, use the 'Anonymous' profile.


Wednesday, September 1, 2010

Cerita daun ketum


Dua hari lepas aku terjumpa sorang kawan lama dari kampung yang sudah hampir 30 tahun aku tak jumpa. Sebab lama tak jumpa, kami berbual panjang, dan cerita yang aku dapat dari dia adalah sesuatu yang unik yang aku tak pernah dengar secara terperinci dari orang lain.

Kawan aku ni dari keluarga miskin. Selepas sekolah rendah, dia tak mampu meneruskan persekolahan dan hanya membuat kerja kampung, kais pagi makan pagi. Tapi kini dia adalah seorang yang boleh dikatakan kaya-raya, dengan rumah banglo besar dan 5 buah kereta. Di hari dia berjumpa aku, dia sebenarnya datang untuk melihat sebuah rumah untuk dibelikan untuk anaknya yang akan berkahwin tak lama lagi.

Yang menjadikan dia kaya ialah perniagaan daun ketum. Aku rasa aku tak perlu huraikan apa itu daun ketum sebab semua orang tahu. Tapi untuk yang belum tahu, pokok ketum memang banyak di Malaysia, terutama di utara semenanjung di kawasan berhampiran sawah padi. Di zaman dahulu, rebusan daun ketum digunakan oleh petani dan pekerja buruh untuk memberikan tenaga dan menghilangkan rasa letih.

Dipendekkan cerita, kawan aku ni dah agak lama mengusahakan tanaman ketum, dari satu ekar tanah sehingga sekarang 6 ekar. Dia tidak memproses daun ketum tersebut, tetapi cuma menjual daun dengan harga RM 45 hingga RM 60 sekilo. Di Malaysia, menananm dan menjual daun ketum belum lagi mejadi kesalahan, tidak seperti di Thailand yang mengharamkan terus penanaman pokok ketum. Pembeli-pembelinya yang memproses daun ketum untuk dijual. Permintaan untuk daun ketumnya memang tinggi hingga dari Thailand dan dia sekarang tidak dapat memenuhi semua permintaan dan bercadang untuk menambah ladang ketumnya. Purata pendapatan kawan aku sekarang ini sekurang-kurangnya RM9,000 setiap dua minggu. Memang menakjubkan bagi budak kampung yang belajar hanya setakat Darjah 6.

Salah seorang pembelinya pula memproses daun ketum dan menjual air daun ketum di satu pekan di utara tanah air. Harga jualan sebungkus air dau ketum telah meningkat dari RM 1 satu masa dulu hingga RM 2.50 sekarang kerana permintaan yang banyak. Pengusaha tersebut mampu menjual sehingga 1,000 bungkus sehari. Rebusan daun ketum dicampur dengan beberapa bahan merbahaya seperti ubat nyamuk dan sedikit racun tertentu untuk memberikan rasa 'high' kepada pengguna, terutama penagih dadah. Yang peliknya, dia terang-terang menjual air daun ketum tak jauh dari sebuah balai polis. Memproses dan menjual air daun ketum adalah menjadi kesalahan di Malaysia sekarang, tetapi dendanya hanya sekitar RM 2,000. Sehari perniagaan cukup untuk membayar denda tersebut.

Tetapi apa yang aku nak ceritakan di sini bukan pasal perniagaan daun ketum. Yang aku nak ceritakan ialah kata-kata kawan aku yang membuatkan aku berfikir panjang.

Kata kawan aku, dulu sebelum dia mengusahakan tanaman ketum, dia sering dihina kerana kemiskinan dan kebodohannya. Tidak ada seorang pun yang menghormatinya sebagai manusia. Dia pernah diludah bila cuba meminjam duit dari seseorang. Bermacam-macam maki hamun dan hinaan dia telah terima.

Tetapi bila dia sudah berjaya dengan perniagaan ketumnya dan menjadi kaya, serta merta dia jadi mulia. Kemana saja dia pergi, dia dipandang tinggi dan diberi layanan istimewa. Orang-orang yang pernah mencacinya dahulu kini datang untuk meminjam duit. Semuanya kerana duit. Katanya, masyarakat sekarang tidak lagi memandang budi pekerti atau kemuliaan akhlak. Tidak penting lagi salah atau betul. Yang penting hanya duit. Kerana duit, seseorang itu nampak mulia. Kerana duit, dia dihormati. Semua yang buruk padanya tiba-tiba menjadi baik.

Sepanjang perjalanan pulang, aku hanya memikirkan apa yang dia cakapkan. Memang ada betulnya. Zaman sekarang, duit adalah segala-galanya. Manusia tidak pentingkan lagi betul atau salah, baik atau buruk. Yang diburu adalah duit, dengan apa cara sekali pun. Yang haram boleh menjadi halal kerana duit.

Memang ini sesuatu yang menakutkan. Tetapi mampukah kita mengawal diri kita? Atau adakah kita juga akan menjadi seperti itu? Mampukah kita pastikan anak-anak kita tidak menjadi begitu?

2 comments:

  1. hmmm... tercabar minda nak memikirkannya tapi yang confirm, saya akan sangat stress bila fikir pasal duit!

    ReplyDelete
  2. Pada pandangan saya, sangat rendah maruah manusia yg jadi kaya dgn jalan salah. Saya lebih memandang tinggi org susah, yg bertahan dgn hidupnya dr buat dosa. Biasanya saya akan doa banyak utk org susah. Saya percaya akhir zaman mmg ramai manusia yg kaya dgn jln yg salah.

    ReplyDelete